FAQ

Soalan Lazim

Setiap kelas adalah mengikut jadual yang telah dipersetujui. Sekiranya kelas dibatalkan oleh pihak PTiC, kelas ganti akan dibuat. Jika pelajar tidak hadir atau tidak masuk kelas secara fizikal kelas tidak akan diganti, Pihak kami sedia berbincang untuk memudahkan proses pengantian kelas. Jika kelas secara online kami menyediakan rakaman kelas yang berlangsung kepada pelajar.

Terbuka kepada pelajar seawal Umur 5 Tahun sehingga Pelajar SPM.

Kami mengikuti Silibus Pendidikan yang ditetapkan oleh KPM berasaskan sistem pembelajaran KSSR dan KSSM bagi semua mata pelajaran. Kami menyediakan modul kepada pelajar apabila pelajar mendaftarkan kelas dan akan diberikan kepada pelajar.

Begitu juga kelas secara atas talian pelajar juga akan diberikan modul dalam Pdf untuk digunakan pada sesi pembelajaran.

Bagi 1 subjek tempoh minimun pembelajaran sebulan selama 4 jam.

Kelas Bagi Umur 5&6 Tahun konsep pembelajaran berasaskan konsep 3M iaitu Membaca, Menulis dan mengira.

Kelas Sekolah rendah Di PTiC kita berkonsepkan pembelajaran bersilibus dan pembelajaran Hand On bagi memberikan kefahaman kepada pelajar. Di PTiC juga kami melaksanakan Ujian sebanyak 2kali setahun untuk menilai kemajuan pembelajaran.

Kelas Sek Menengah Tingkatan 1-3 Kami menawarkan pembelajaran secara bermodul yang berfokuskan silibus KSSM dan juga kami membuat Ujian untuk pelajar sebanyak 2kali setahun.

Kelas Persediaan SPM, PTiC menyediakan kelas persediaan peperiksaan bagi pelajar tingkatan 4&5, Pelajar yang diajar Kaedah menjawab soalan peperiksaan, Motivasi, Pendedahan soalan bentuk peperiksaan serta kami juga menjalankan ujian pada pelajar untuk menilai tahap Penguasaan pelajar.

No 315-1 Jalan Wawasan 3, Taman Wawasan, 86800 Mersing, Johor (Berhadapan Speedmart wawasan)

Guru di PTiC kami di temuduga dalam beberapa peringkat oleh pihak pentadbiran PTiC bagi memilih guru yang berkebolehan mengajar selain dari memiliki tahap pendidikan sekurangnya Diploma untuk mengajar di PTiC. Guru kami juga mendapat Lesen mengajar daripada KPN untuk mengajar. Terdapat juga dikalangan guru kami adalah guru sekolah berdekatan dengan kami.